Pengunjung kini boleh menggunakan ruang tayangan Perpustakaan Kampus Induk untuk menonton tayangan Astro. Antara rancangan yang di siarkan adalah RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9, Discovery Channel, TVIQ dan National Geographic Channel.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila berhubung dengan unit media, Mohd Ikbar Abdul Jabar di talian 6838 atau email Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan Wireless di Perpustakaan UTeM Kampus Induk kini boleh digunakan oleh semua pengunjung Perpustakaan di Aras 1 dan Aras 2 bangunan Perpustakaan. Terima Kasih.
Perpustakaan UTeM kini telah menyediakan Bilik Tayangan dan Ruang Tayangan kepada pengguna sebagai kemudahan di perpustakaan. Kepada pengguna yang ingin menggunakan Bilik Tayangan dan Ruang Tayangan tersebut bolehlah berkunjung ke Perpustakaan UTeM dan berurusan terus di Kaunter Media.
Pelajar-pelajar Baru Sesi 2009/10 boleh membuat pinjaman bahan di perpustakaan mulai 20/7/2009. Sebarang masalah yang dihadapi bolehlan menghubungi melalui email kepada:
Pn. Wizana Bt Abd. Jalil
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Perpustakaan UTeM Caw.Kampus Bandar amat mengalu-alukan kunjungan warga Kampus Bandar khasnya dan warga UTeM amnya untuk memanfaatkan segala kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini. Pihak perpustakaan juga amat menghargai kerjasama yang telah diberikan dan sentiasa menjanjikan perkhidmatan kaunter yang terbaik dan mesra pengguna kepada semua. Perpustakaan UTeM Caw. Kampus Bandar juga turut membuka keahlian kepada masyarakat luar UteM. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan & pengoperasian boleh didapati melalui Brosur Perpustakaan UTeM Caw.Kampus Bandar dan Kadar Yuran Keahlian Luar.