Events Calendar

"Jejak Inovasi" UTeM 2018
Thursday 20 December 2018
Hits : 783
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sukacita dimaklumkan kepada YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya./ Dr./Tuan/Puan bahawa Pusat Pengkomersilan (UCC) akan menganjurkan Program Jejak Inovasi UTeM 2018 pada ketentuan berikut:

Tarikh            : 20 Disember 2018 (Khamis)

Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat          : Perpustakaan Laman Hikmah  

Untuk pengetahuan YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya./ Dr./Tuan/Puan, Jejak Inovasi UTeM 2018 yang mana pada kali ini adalah mirip kepada UTeMEX yang bersandarkan COE tetapi berskala kecil tanpa penglibatan pihak luar. Program ini bertujuan untuk membuat saringan produk inovasi yang berkualiti untuk diangkat ke pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara pada tahun 2019.

Seperkara berkaitan, bagi menjamin kualiti inovasi, YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya./ Dr./Tuan/Puan yang berminat menyertai Jejak Inovasi UTeM 2018 ini adalah diminta untuk menghantar borang penyertaan kepada pihak COE masing-masing bagi tujuan saringan dan seterusnya dilulus serta disahkan produk inovasi di peringkat COE terlebih dahulu sebelum pihak COE mengemukakannya kepada pihak UCC untuk tindakan selanjutnya.

Tarikh tutup penyertaan ke UCC adalah pada 11 Disember 2018 (Selasa). 

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

22132276

Last Updated: 27 December 2023