Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Laman Hikmah akan menganjurkan Sesi Sembang Santai Bersama Penulis Buku: Nisah Haron dengan tajuk yang akan dikongsikan iaitu "Sastera Dalam Kehidupan: 4 Genius Melayu" bersempena dengan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai minat membaca, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta menyokong program galakan membaca peringkat kebangsaan.
Berikut adalah butiran program:.
Tarikh : 24 April 2018 (Selasa)
Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Ruang Santai, Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM
Sehubungan itu, sekiranya Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berminat, sila daftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online DI SINI. Mata CPD akan diuruskan kepada peserta yang hadir.
Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.
Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright
Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Last Updated: 27 December 2023