Where Great Technical Career Begin

Where Great Technical Career Begin

Koleksi PDF Cetak Emel

Di bawah adalah koleksi yang terdapat di perpustakaan: Image

1. Koleksi Rak Terbuka

Koleksi ini meliputi pelbagai bidang dan boleh dipinjam keluar oleh pengguna mengikut kategori dan kelayakan masing-masing.

2. Koleksi Rujukan

Koleksi ini terdiri daripada Kamus, Ensiklopedia, Direktori, Biografi, Manual, Bibliografi, Buku Istilah, Statistik, Indeks, Abstraks, Almanak, Atlas, Laporan Tahunan dan Buku Tahunan. Buku-buku rujukan ini tidak boleh dipinjam keluar sebaliknya hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.

3. Koleksi Buku Tanda Merah (Redspot)

Bahan di dalam koleksi ini merupakan bahan bacaan utama/wajib yang disyorkan oleh pensyarah. Buku Tanda Merah boleh dipinjam untuk tempoh 2 jam atau Pinjaman Semalaman.

4. Koleksi Piawai

Koleksi ini terdiri daripada Malaysian Standard, British Standard, American National Standard dan sebagainya. Bahan ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

5. Koleksi Media

Koleksi ini terdiri daripada bahan bukan bercetak seperti kaset video, kaset audio, slaid dan bahan digital seperti video CD, CD-ROM, disket.

6. Koleksi Jurnal

Terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan secara berkala. Ia meliputi jurnal, majalah dan surat berita yang terkini (isu tahun semasa) dan berjilid (isu tahun kebelakangan).

7. Koleksi Khas Kertas Peperiksaan

Koleksi ini dalam bentuk bercetak dan diletakkan di rak terbuka dan hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja. Selain itu, ia boleh juga diakses dalam bentuk digital melalui portal Perpustakaan.

8. Koleksi Projek Sarjana Muda & Tesis

Koleksi ini terdiri daripada Projek Sarjana Muda, Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah yang dihasilkan oleh pelajar dan staf UTeM sahaja. Koleksi ini ditempatkan di Bilik Koleksi Khas. Permohonan untuk merujuk hendaklah dibuat di Kaunter Sirkulasi. Salinan fotokopi adalah tidak dibenarkan sama sekali. Selain itu, ia juga boleh diakses dalam bentuk digital melalui Repositori dan Web OPAC dalam bentuk abstrak sahaja.

9. Koleksi Arkib UTeM

Terdiri daripada bahan bercetak, bahan media serta bahan khas lain yang dihasilkan oleh pelajar, pensyarah, staf fakulti/jabatan di UTeM dan juga penerbitan mengenai UTeM dari sumber luar.

10. Koleksi Bacaan Ringan

Koleksi ini mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang kebanyakannya berbentuk buletin, surat berita, pamplet, flyers dan sebagainya yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat. Koleksi ini disediakan untuk memenuhi keperluan bacaan rekreasi dan pengetahuan am. Bahan ini untuk bacaan di dalam Perpustakaan sahaja.

11. Koleksi Fiksyen

Koleksi ini terdiri daripada novel dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dan koleksi ini boleh dipinjam keluar.

12. Pangkalan Data Atas Talian

Perpustakaan melanggan Pangkalan Data dalam pelbagai bidang untuk menyokong proses pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan yang terdiri daripada :

i. Pangkalan Data Tempatan

ii. Pangkalan Data Luar

 

13. Pangkalan Data Dalaman

Pangkalan Data ini dibangunkan secara in-house bagi menampung keperluan maklumat di kalangan pengguna. Di antaranya ialah:

· Kertas Soalan Peperiksaan

· Keratan Akhbar (tajuk terpilih)

· Persidangan, Kursus dan Bengkel

 

 
 
Joomla Templates by Joomlashack