|

Pinjaman · Hanya ahli yang berdaftar diberi kemudahan pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau di Sistem Pinjaman Layan Diri (Kampus Induk sahaja). Peminjam akan diberi resit Pinjaman bahan untuk semakan tarikh pulang. Pengguna digalakkan menyemak pinjaman secara on-line. · Kelayakan dan tempoh pinjaman adalah mengikut kategori pengguna. · Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam. · Bahan yang hilang hendaklah dilaporkan segera di Kaunter Sirkulasi. Pengguna diberi tempoh 2 minggu untuk mencari/ menggantikan bahan yang hilang. · Bahan pinjaman yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah. · Pinjaman Bahan Media seperti kaset video, kaset audio, slaid dan bahan digital seperti video CD, CD-ROM, disket dan DVD hendaklah dilakukan di Kaunter Media. Pemulangan · Pemulangan bahan hendaklah dilakukan di Kaunter Sirkulasi. · Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada pengguna lain merujuk atau meminjam bahan tersebut. Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan. · Notis peringatan lewat hanya akan dihantar kepada staf. 1. Notis peringatan tamat tempoh akan dihantar kepada staf 1 minggu sebelum tarikh pulang. \ 2. Notis peringatan pertama akan menyusul 1 minggu kemudian dari notis peringatan akan tamat tempoh dan diberi 1 minggu grace period dari tarikh notis dan denda tidak diambil kira. 3. Notis kedua akan dihantar selepas 1 minggu dari notis pertama, dan denda akan dikira. 4. Notis peringatan terakhir (ketiga) akan menyusuli 2 minggu selepas notis kedua dan denda dikira berterusan. · Pelajar tidak dihantar sebarang peringatan dan denda lewat dikira 1 hari selepas tamat tempoh. · Pelajar hendaklah memulangkan semua bahan Perpustakaan apabila menarik diri, berhenti, menangguh atau tamat pengajian. · Pemulangan Bahan Media seperti kaset video, kaset audio, slaid dan bahan digital seperti video CD, CD-ROM, disket dan DVD hendaklah dilakukan di Kaunter Media. Pembaharuan Tarikh Pemulangan Bahan · Pembaharuan tarikh pemulangan bahan hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja. Pembaharuan boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau secara online dan dibuat sebelum tarikh pemulangan bahan berkenaan. · Pengguna hanya dibenar memperbaharui tarikh pemulangan bahan dengan syarat tiada tempahan dari pengguna lain, bahan belum lewat dari tarikh pemulangan dan tiada denda tertunggak. · Tarikh pemulangan bahan Bahan Media seperti kaset video, kaset audio, slaid dan bahan digital seperti video CD, CD-ROM, disket dan DVD hendaklah dilakukan di Kaunter Media. Tempahan Bahan · Hanya buku dalam pinjaman peminjam lain boleh ditempah. · Pengguna tidak dibenarkan menempah buku yang sedang dipinjam sendiri. · Tempahan boleh dibuat secara online atau di Kaunter Sirkulasi. · Notis makluman bahan tempahan akan ditampal di papan kenyataan di ruang tayangan televisyen. · Bahan tempahan akan disimpan selama 1 minggu sahaja dan akan disusun semula di rak jika penempah tidak meminjam bahan tersebut. Gantian Bahan Hilang atau Rosak · Laporkan dengan kadar segera sekiranya bahan yang dipinjam hilang atau rosak kepada Pegawai di Unit Sirkulasi. · Pengguna diberi tempoh dua (2) minggu untuk mencari bahan yang hilang. Setelah tempoh tersebut tamat dan pengguna gagal mencari bahan tersebut, pengguna hendaklah menggantikan bahan tersebut dengan tiga (3) cara besertakan bayaran denda lewat (jika ada) iaitu : i. Bahan tersebut perlu diganti semula (edisi terkini); atau ii. membayar kos semasa bahan tersebut berserta dengan kos perkhidmatan sebanyak RM25.00; atau iii. sekiranya bahan lama yang tidak dapat dikesan harganya, bahan terbitan tempatan dibayar RM40.00 manakala terbitan luar negara RM150.00 termasuk kos perkhidmatan. Perkhidmatan Rujukan dan Khidmat Nasihat · Pengguna yang memerlukan bantuan boleh berjumpa dengan Pustakawan yang bertugas di Meja Penasihat Pengguna untuk mendapatkan khidmat nasihat dengan mengisi borang yang telah disediakan. · Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna menggunakan Perpustakaan secara lebih berkesan. Ianya juga bertujuan untuk mengatasi masalah pencarian maklumat atau bahan-bahan yang diperlukan, memberi tunjuk ajar cara mengguna katalog atas talian (WebOpac) dan bahan rujukan serta menjawab segala pertanyaan. Kelas Kemahiran Maklumat · Kelas Kemahiran Maklumat merupakan usaha Perpustakaan untuk memberikan maklumat berkualiti dan terkini kepada pengguna dalam usaha menyokong proses pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan. · Kelas ini dijalankan secara berjadual dan atas permintaan untuk mendidik pengguna supaya dapat menggunakan Perpustakaan dengan lebih berkesan. Pinjaman Antara Perpustakaan · Perkhidmatan ini juga dikenali sebagai Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). · Perkhidmatan ini disediakan bagi mendapatkan bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan UTeM tetapi ada dalam koleksi perpustakaan lain. · Perkhidmatan ini diberikan kepada semua pengguna perpustakaan. · Borang permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) boleh didapati di Meja Penasihat Pengguna / Kaunter Sirkulasi. · Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon. Perkhidmatan Komputer Tugasan · Perkhidmatan Komputer Tugasan hanya untuk membuat assignment atau kerja-kerja yang berkaitan dengan pelajaran dan tidak termasuk mengakses internet dan pangkalan data. Perkhidmatan Internet · Perkhidmatan Internet disediakan untuk mengakses internet yang berkaitan dengan pelajaran sahaja dan penggunaan untuk tujuan lain adalah dilarang sama sekali. Perkhidmatan Pangkalan Data
· Perkhidmatan ini boleh diakses melalui komputer yang disediakan khas untuk mengaksesnya sahaja. · Terdapat dua (2) jenis pangkalan data iaitu-: I. Pangkalan Data Atas Talian - Pangkalan Data Tempatan - Pangkalan Data Luar II. Pangkalan Data Dalaman - Kertas soalan peperiksaan - Keratan akhbar mengikut bidang teras UTeM dan umum - Kertas kerja seminar/persidangan - Halaman kandungan jurnal · Pangkalan data ini boleh terus diakses melalui laman web Perpustakaan di http://library.utem.edu.my Keratan Akhbar Harian Terkini · Keratan akhbar harian terkini ditampal di papan kenyataan Perpustakaan untuk rujukan / makluman pengguna. Pameran Semasa · Pameran bertujuan memberikan penambahan pengetahuan di samping mewujudkan kesedaran tentang keperluan maklumat terkini dari masa ke semasa. · Ruang pameran ini juga boleh boleh digunakan oleh Persatuan Pelajar yang berminat untuk mengadakan pameran namun perlu mendapat kelulusan Pejabat Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu. · Tempahan ruang pameran mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pameran diadakan. Halaman Kandungan · Halaman kandungan jurnal yang terpilih dan sesuai dengan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh diakses secara online. Sudut Pameran Bahan Baru · Pameran bahan baru diadakan secara berterusan dan bahan boleh dipinjam terus melalui proses peminjaman bahan yang telah ditetapkan. · Sinopsis setiap bahan baru akan dipamerkan di papan kenyataan Perpustakaan. Fotokopi · Perkhidmatan ini disediakan secara layan diri. Kad fotokopi boleh didapati di Kaunter Sirkulasi dengan harga RM10.00 sekeping. · Pengguna bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan dengan Akta Hakcipta 1987. Aktiviti Tayangan · Tayangan yang berbentuk akademik, dokumentari dan berita yang dibenarkan. · Aktiviti ini meliputi tayangan televisyen, saluran Astro dan video. · Tayangan video merupakan tayangan umum bulanan dan pengguna boleh mendapatkan jadual tayangan dan tajuk di Perpustakaan.
|