TUJUAN KOLEKSI BAHAN MELAKA

  • Koleksi Negeri Melaka diwujudkan oleh Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang koleksi bahan bahan yang terdapat di Perpustakaan UTeM. Semua bahan ini adalah berkaitan dengan Negeri Melaka sama ada hasil daripada penulis kelahiran melaka, kisah tentang Melaka atau bahan bahan yang diterbitkan di Negeri Melaka. Disamping itu juga, ianya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Melaka mengenai sejarah Negeri Melaka dan lebih menghargai serta bangga atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh Negeri Melaka. 

VISI 

  • Menjadi salah satu laman web yang dirujuk oleh pengguna bagi mendapatkan maklumat mengenai Negeri Melaka
  • Menjadi salah satu laman web yang komprehensif dan kompetitif untuk menyebarkan maklumat mengenai Negeri Melaka kepada pengguna 
  • Menjadi salah satu laman web yang memaparkan koleksi bahan Melaka sama ada yang diterbitkan dalam negeri Melaka ataupun bahan yang dihasikan oleh penulis asal dari Negeri Melaka.

MISI 

  • Menyediakan sumber maklumat yang sangat baik dan rujukan dengan mudah kepada pengguna dan juga untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti menggunakan teknologi terkini selaras dengan visi dan misi perpustakaan.

 

  • DSC_0316.jpg
  • DSC_0319.jpg
  • DSC_0326.jpg
  • DSC_0333.jpg
  • DSC_0341.jpg
  • DSC_0349.jpg
  • DSC_0353.jpg
  • DSC_0395.jpg