Kajian Soal Selidik
1. Tujuan
Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan yang telah disediakan oleh Perpustakaan. Selain itu, kaji selidik ini juga bertujuan untuk menerima pendapat dan cadangan penambahbaikan dari pengguna terhadap perkhidmatan perpustakaan.
2. Latar Belakang
2.1 Perpustakaan UTeM telah memulakan operasi di bangunan baru kampus Induk Durian Tunggal sejak Julai 2009.
2.2 Dengan kemudahan ruang yang besar dan selesa serta menempatkan koleksi yang dapat memenuhi keperluan maklumat warga UTeM, perpustakaan mampu memberi pekhidmatan terbaik kepada pengguna sepanjang pengajian di UTeM ini.
2.3 Namun begitu, Perpustakaan UTeM juga mengambil inisiatif ke arah penambahbaikan berterusan dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna dengan mengkaji dengan lebih terperinci tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan yang telah disediakan di Perpustakaan UTeM pada masa ini
3. Justifikasi Kajian
3.1 Merupakan salah satu daripada usaha Perpustakaan dalam membuat penambahbaikan ke atas perkhidmatan yang disediakan dengan mengukur tahap kepuasan pengguna.
3.2 Perpustakaan sentiasa memandang penambahbaikan yang berterusan merupakan satu kaedah di dalam menambahbaik perkhidmatan perpustakaan yang sedia ada bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan.
3.3 Satu kaji selidik dijalankan secara tahunan bagi mengenalpasti kehendak dan keperluan pengguna terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
4. Metodologi
4.1 Kajian ini dijalankan dengan megedarkan borang kajian soal selidik di kaunter sirkulasi, di setiap Fakulti serta melalui email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Ianya juga dijalankan melalui borang kaji selidik yang dimuat naik ke dalam portal perpustakaan untuk diisi secara atas talian (online) oleh pengguna.
4.2 Kajian soal selidik ini merangkumi maklumat am pengguna, tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan, koleksi, kemudahan ruang, persekitaran dan cadangan penambahbaikan dari pengguna.
Berikut adalah Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan yang telah diedarkan kepada pengguna:
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2020
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2019
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2018
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2017
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2016
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2015
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2014
Borang Kajian Soal Selidik Perkhidmatan Perpustakaan 2013