Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Laman Hikmah dengan kerjasama Emerald Group Publishing akan menganjurkan Emerald Training. Sesi ini memfokuskan kaedah carian dan penggunaan pangkalan data Emerald Management Extra Plus dalam membantu bidang penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar pasca siswazah.
Sehubungan itu, pihak Perpustakaan menjemput Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan bagi menghadiri sesi ini pada ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Mei 2019 (Rabu)
Masa : 10.15 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM
Bagi yang berminat, anda diminta untuk mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan online di http://bit.ly/2vO1ELC. Mata CPD akan diuruskan oleh urusetia. Sebarang permasalahan boleh menghubungi 06-270 1214 (Noraini Mohd Noor). Segala maklum balas dan kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.
Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright
Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023