oclc

Save

Save

 

odbrrejournal
turnitinUser Education Programua

IMG 20180919 125025

Pintu Masuk

 

Bilik Seminar

bseminar

Terdapat 2 buah Bilik Seminar yang disediakan dan boleh diguna seramai 32 pengguna untuk setiap bilik dalam satu-satu masa. Bilik Seminar juga dilengkapi oleh LCD projector, skrin, meja, kerusi dan sistem audio.

Bilik Tayangan

btayangan

Bilik Tayang ini berkapasiti seramai 79 orang dalam satu-satu masa. Juga dilengkapi dengan LCD projector, skrin, meja, kerusi dan sistem audio.

Bilik Perbincangan

bilikperbincangan1

Urusan tempahan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi setiap Perpustakaan. Penggunaan bilik perbincangan dihadkan kepada 2 jam sahaja. Bilangan pengguna ialah seramai 3 orang ke 6 orang sahaja. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan bilik dalam keadaan kemas dan suis elektrik dipadamkan setelah menggunakannya.

Ruang Tayang

IMG 20180920 104142

Ruang Tayang ini boleh memuatkan seramai 49 pengguna dalam satu-satu masa. Ruang ini disediakan untuk pengguna menonton aktiviti tayangan yang disediakan oleh Perpustakaan UTeM dan pengguna bebas untuk keluar masuk. Tempahan juga dibenarkan jika terdapat permintaan untuk kegunaan secara berkumpulan. Juga dilengkapi dengan LCD projector, skrin, meja, kerusi dan sistem audio.

Bilik Pangkalan Data

IMG 20180918 115501

Bilik Pangkalan Data menyediakan 48 buah komputer untuk kegunaan mengakses pangkalan data atas talian. Tempahan juga dibenarkan jika terdapat permintaan untuk kegunaan secara berkumpulan. Juga dilengkapi dengan LCD projector, skrin dan sistem audio.

Bilik Pandang Dengar

IMG 20180920 104112

Terdapat 10 buah bilik dan setiap satu hanya boleh digunakan seorang pengguna sahaja dalam satu-satu masa. Pengguna juga dibenarkan untuk meminjam peralatan media yang disediakan seperti ‘headphone’ dan bahan media yang lain. 

Komputer Tugasan/Internet

IMG 20180920 103959

Terdapat 32 buah komputer disediakan untuk kegunaan pengguna mengakses internet serta menyiapkan tugasan.

Loker

IMG 20180920 103704

Terdapat 308 loker disediakan untuk pengguna di Kampus Induk dan 36 loker di Kampus Bandar.

Permohonan penyewaan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi setiap Perpustakaan.Kadar sewa adalah seperti berikut :-

  • Besar : RM5.00/semester
  • Kecil : RM3.00/semester

Denda lewat memulangkan semula kunci akan dikenakan bayaran RM0.20/sehari, RM1.00 penanda kunci hilang dan RM10.00 jika kunci hilang.

Karel Terbuka

karel

Terdapat 32 karel terbuka disediakan untuk pengguna di Kampus Induk dan 7 karel terbuka di Kampus Bandar.

Komputer Riba

Penggunaan komputer riba di Perpustakaan adalah dibenarkan dan dengan menggunakan bateri sendiri sahaja. Lokasi khas disediakan jika pengguna ingin menggunakan kuasa elektrik. Keselamatan komputer riba adalah tanggungjawab pengguna sendiri di sepanjang masa.

aras2 

Akses WiFi

wifi

Akses kepada WiFi boleh dicapai di seluruh Perpustakaan dan ianya adalah percuma. Pengguna boleh mengakses WiFi melalui komputer riba yang dibawa oleh pengguna sendiri. Pelajar menggunakan wifi UTeM-Student, staf menggunakan UTeM-Staff dan tetamu luar menggunakan UTeM-X.

Fotokopi Dan Cetakan

IMG 20180920 103604

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan menambah nilai (Minima RM5) di Kaunter Sirkulasi atau di PPPK.

Mesin Pinjaman Layan Diri

IMG 20180919 124710

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk meminjam buku secara layan diri.

Mesin Pemulangan Buku

bdrop

Perkhidmatan ini boleh digunakan 24/7 untuk pemulangan buku sendiri.

Mesin Pengimbas

IMG 20180919 121327

Mesin ini boleh digunakan di Ruang Fujitsu Kampus Induk dan Bilik PC di Kampus Bandar.

WebOPAC

IMG 20180919 121424

Perkhidmatan ini memudahkan pengguna untuk mencari bahan di perpustakaan.

Papan Informasi Elektronik

Memaparkan maklumat terkini yang berkaitan dengan UTeM.

Galeri

Galeri bahan pameran dan maklumat berkaitan negeri Melaka dan UTeM.

Ruang 24 Jam

IMG 20180919 124948 IMG 20180919 125000

Pengguna boleh menggunakan ruang ini sepanjang masa iaitu 24 jam sehari.

Ruang Santai

IMG 20180919 121756 IMG 20180919 121741

Ruang ini boleh digunakan oleh pengguna untuk bersantai sambil bermain permainan yang disediakan.

IMG 20180920 091046 IMG 20180920 103803

Peminjaman iPad

Pengguna boleh meminjam iPad secara percuma untuk digunakan didalam Perpustakaan. Untuk maklumat lanjut, klik disini.

Hoverboard

hoverboard

Hoverboard adalah perkhidmatan baru yang memberikan satu pengalaman baru untuk riadah, menarik, dan seronok untuk pengguna di perpustakaan.

Sewaan Ruang

rent

Perkhidmatan sewaan ruang disediakan kepada mereka yang ingin menyewa. Juga terbuka kepada pengguna di luar UTeM. 

  

IMG 20180919 124747

Pintu Keluar

services

Save

Save

facilities

Save

eapp

Save

Save

Save

Save

EZProxy

Save

Save