oclc

Save

Save

 

odb rr askLib
turnitin User Education Program ua

cio 2

Ketersediaan perpustakaan di sesebuah institusi pendidikan tinggi pada abad ke-21 ini bukan lagi berfungsi secara umum sebagai repositori bahan-bahan bacaan dan rujukan semata-mata. Dengan kewujudan pelbagai jenis perpustakaan, pusat sumber berfungsi sebagai salah satu entiti utama turut mempunyai fungsi yang khusus iaitu menyediakan perkhidmatan rujukan dan perujukan selaras dengan visi dan misi strategik institusi.

Di sesetengah negara, perpustakaan universiti turut memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar. Sejajar dengan itu, perpustakaan adalah satu saluran penting yang dapat meningkatkan ilmu dan daya fikir masyarakat melalui pembacaan bagi menyelami lautan ilmu yang luas ke arah melahirkan modal insan berkualiti dengan memiliki ilmu, kreatif dan inovatif serta berdaya saing dengan nilai dan etika murni. Ini adalah kerana martabat manusia yang bertamadun diukur dengan ketinggian ilmu pengetahuannya masyarakatnya.

Dalam konteks Malaysia, perpustakaan universiti berfungsi berpandukan dasar dan polisi yang ditetapkan oleh institusi masing-masing. Manakala dalam konteks global, fungsi perpustakaan universiti menyokong manifesto Information for All-Programme (IFAP) oleh UNESCO yang antaranya bermatlamat untuk memperluas jaringan akses maklumat “public domain” menerusi organisasi, pendigitalan dan pemeliharaan sumber maklumat merentasi sempadan global dengan menekankan kepentingan kemahiran literasi maklumat kepada semua golongan masyarakat.

Besarlah harapan universiti agar perpustakaan dapat memacu lonjakan dan anjakan paradigma baharu ke arah pencapaian keberhasilan masyarakat berilmu menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat yang didukung oleh perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang inovatif, efektif dan dinamik.

En. Mohd. Isa Bin Mohd. Dom
Ketua Pegawai Maklumat

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

services

Save

Save

facilities

Save

eapp

Save

Save

Save

Save

EZProxy

Save

Save