oclc

Save

Save

 

odb rr eJurnal
turnitin User Education Program ua

1. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan?

  • Pelajar
  • Staf (akademik/bukan akademik)
  • Jurutera Pengajar
  • Pegawai Penyelidik
  • Pembantu Penyelidik
  • Ahli luar yang berdaftar

2. Bagaimanakah cara untuk meminjam bahan-bahan di Perpustakaan?

Melalui dua (2) kaedah:

  • Kaunter Sirkulasi
  • Mesin Pinjaman Layan Diri

3. Bagaimanakah cara pemulangan bahan-bahan Perpustakaan?

Juga melalui dua (2) kaedah:

  • Kaunter Sirkulasi
  • Mesin ‘Book Drop’

4. Apakah jenis bahan dan kelayakan tempoh pinjaman bagi ahli Perpustakaan?

Maklumat boleh didapati melalui Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831) atau laman web Perpustakaan.

5. Apakah fungsi Akaun Pengguna?

Akaun Pengguna membolehkan pengguna Perpustakaan untuk melakukan beberapa transaksi secara atas talian seperti pembaharuan tempoh pinjaman, tempahan buku dan lain-lain.

6. Bagaimana untuk mendapatkan ID dan kata laluan untuk Akaun Pengguna bagi pengguna baru?

Untuk pengguna baru, ‘Patron ID: No Pelajar/No Staf’ dan ‘Password: 1’. Untuk maklumat lanjut sila ke Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831).  

7. Bagaimana jika terlupa kata laluan atau ID pengguna di akaun pengguna?

Pengguna Perpustakaan boleh ke Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831).

8. Bagaimana ingin memperbaharui tempoh pinjaman secara atas talian?

Dengan mengakses Akaun Pengguna melalui laman web Perpustakaan. Klik pada ‘On-loan Item’ dan pilih buku yang ingin diperbaharui dari senarai pinjaman. Akhir sekali, klik pada ‘Renew’ di bawah senarai pinjaman. Untuk panduan bergambar: Laman Web Perpustakaan – e-Panduan – Pelajar dan Staf – Pembaharuan atas talian.

9. Apakah fungsi Meja Penasihat Pengguna (MPP)?

Pustakawan bertugas akan membantu pengguna Perpustakaan untuk mendapatkan khidmat nasihat seperti:· 

  • Pencarian bahan/maklumat
  • Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
  • Khidmat nasihat
  • Pertanyaan rujukan
  • Cadangan pembelian bahan
  • Penggunaan WebOPAC
  • Penggunaan Pangkalan Data

10. Adakah Perpustakaan menyediakan bahan media?

Ada, bahan media seperti CD, DVD, Video dan lain-lain. Segala urusan peminjaman dan pertanyaan, sila berurusan di Kaunter Media.

11. Siapakah yang boleh menyertai dan bagaimana untuk menyertai Kelas Pendidikan Pengguna (KPP)?

KPP ditujukan khas kepada pelajar, Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik. Permohonan KPP boleh dibuat di Meja Penasihat Pengguna atau memuat turun borang (e-Form) permohonanan di laman web Perpustakaan.

12. Apa itu Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)?

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan UTeM. Jenis bahan yang boleh dipinjam melalui SPP adalah buku, artikel jurnal dan prosiding seminar.

13. Siapakah yang layak menggunakan SPP?

Staf dan pelajar UTeM.

Staf yang sedang cuti belajar adalah tidak layak untuk menggunakan perkhidmatan ini.

14. Apakah jenis bahan yang BOLEH dipinjam melalui SPP?

  • Buku
  • Artikel Jurnal
  • Prosiding Seminar, bahan yang tiada di dalam koleksi Perpustakaan UTeM.

15. Apakah jenis bahan yang TIDAK BOLEH dipinjam melalui SPP?

Tesis, bahan rujukan, bahan terbitan bersiri seperti majalah, dan jurnal. Walau bagaimanapun, artikel dari majalah atau jurnal boleh difotokopi. 

16. Berapakah bilangan bahan yang boleh dipinjam dalam satu masa?

Tiada had pinjaman. 

17. Adakah perkhidmatan ini dikenakan bayaran?

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.  

*Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)

Semua pemohon yang menggunakan perkhidmatan PAP ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang tercatat dalam Akta Hakcipta 1987 (Akta 332).

18. Bagaimana untuk membuat pinjaman?

Pengguna boleh terus menghantar maklumat lengkap permohonan ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau muat turun borang SPP di bawah:

Lengkapkan butir-butir yang diminta dan hantarkan ke Meja Penasihat Pengguna (MPP), Perpustakaan. 

19. Berapa lama sesuatu permohonan diproses?

Permohonan akan diproses dalam masa 10 hari waktu bekerja.  

20. Berapa lama tempoh yang diambil oleh Perpustakaan UTeM untuk mendapatkan bahan yang dipohon?

Kebiasaannya bahan buku mengambil masa 10 - 14 hari manakala artikel 3 - 5 hari. Walau bagaimanapun, tempoh pembekalan ini adalah bergantung kepada faktor ketersediaan bahan dan tertakluk kepada polisi perpustakaan pembekal.  

21. Berapa lama sesuatu bahan itu boleh dipinjam?

Tempoh pinjaman adalah bergantung kepada pihak perpustakaan yang memberi pinjaman. Kebiasaannya 2 minggu hingga 1 bulan.  

22. Bolehkah pemohon membuat pembaharuan tempoh peminjaman untuk bahan SPP?

Boleh. Peminjam perlu memaklumkan kepada Unit Perkhidmatan Pelanggan dengan menghubungi 03-3316834 sekurang-kurang 5 hari dari tarikh pemulangan. Keputusan berkaitan pembaharuan tempoh peminjaman adalah bergantung kepada perpustakaan yang membekalkan bahan tersebut. 

23. Pemohon telah meminjam buku dengan menggunakan perkhidmatan SPP, dan dapati buku tersebut sangat penting dan memenuhi keperluan penyelidikan pemohon. Adakah pemohon boleh mencadangkan agar perpustakaan membeli bahan tersebut untuk dijadikan koleksi perpustakaan?

Ya. Peminjam boleh mencadangkan kepada perpustakaan UTeM untuk membuat pembelian bagi buku yang tiada di dalam koleksi.

السبت 6 ربيع الأوّل 1439
Sabtu 25 November 2017

Berita@LamanHikmah

services

Save

Save

facilities

Save

eapp

Save

Save

Save

Save

EZProxy

Save

Save