summon

Save

Save

 

odbrrejournal
turnitinUser Education Programua

KATA ALUAN TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN KANAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke portal Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Tujuan portal perpustakaan ini dibangunkan adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan kemudahan, perkhidmatan, operasi PLH dan maklumat asas lain yang berkaitan dengan PLH.

PLH terus komited dalam merealisasikan aspirasi UTeM dalam menyokong kesarjanaan dan tradisi ilmu dengan memelihara serta memperkaya pelbagai koleksi yang boleh di akses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. UTeM merupakan Universiti Awam yang ke-14 ditubuhkan dan merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai Universiti Berfokus dan merupakan salah satu daripada empat universiti di bawah MTUN. UTeM kini memperkasakan bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan teknologi dan teknologi kejuruteraan.

Keperluan pengguna menjadi keutamaan PLH melalui penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Melalui kepakaran Pustakawan profesional, penambahbaikan proses kerja dilaksanakan secara berterusan dengan mengambil kira maklum balas pengguna bagi menyokong keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan koleksi yang mampan sangat dititik beratkan di samping penyediaan kemudahan yang selesa dan praktikal kepada pengguna.

Justeru itu, PLH sentiasa memperkemaskan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dengan menyediakan maklumat terkini yang menepati keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan UTeM agar mampu berdaya saing dalam arus global yang semakin kompetitif.

 azmanayup

Azman bin Hj. Ayup

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM

Facebook

services

Save

Save

facilities

Save

eapp

Save

Save

Save

Save

EZProxy

Save

Save