Events Calendar

PROGRAM “JOM KONGSI & TUKAR BUKU” DAN “SUMBANGAN BAHAN BACAAN”
From Thursday 13 February 2020
To Friday 14 February 2020
Hits : 311
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Dimaklumkan bahawa bersempena dengan Majlis Perutusan Naib Canselor 2020 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) akan menganjurkan program Jom Kongsi & Tukar Buku serta Sumbangan Bahan Bacaan.

3.     Melalui program Jom Kongsi & Tukar Buku, setiap staf diminta untuk membawa senaskah buku dalam pelbagai tajuk atau bidang dan bertukar buku antara staf sebelum memasuki Dewan Canselor. Perpustakaan akan menyediakan meja untuk staf meletakkan buku yang dibawa dan mengambil buku yang dibawa oleh staf lain.

4.      Manakala bagi program sumbangan bahan bacaan, pihak PLH juga menjemput semua staf untuk membawa dan menyumbang bahan bacaan yang bersesuaian untuk dijadikan koleksi perpustakaan. Pihak PLH akan menyediakan kotak sumbangan di hadapan meja urusetia program.

5.    Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PLH bersempena Dekad Membaca Kebangsaan. Antara objektifnya adalah bagi memberi peluang kepada warga UTeM untuk berkongsi bahan bacaan serta membudayakan sikap cintakan buku. Di samping itu, ianya juga sebagai satu platform positif bagi meningkatkan minat membaca serta salah satu jaringan perkongsian maklumat di antara warga UTeM.

Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

22076657

Last Updated: 27 December 2023