- Ahli Tetap mestilah memakai kad matrik (bagi pelajar) & kad staf (bagi staf) yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, UTeM. Ahli luar hendaklah memakai kad keahlian Perpustakaan apabila memasuki Perpustakaan.
- Pengguna mestilah patuh kepada peraturan senyap di Perpustakaan.
- Pengguna mestilah membenarkan pegawai bertugas memeriksa buku, fail dan lain-lain yang dibawa keluar dari Perpustakaan.
- Makan, minum dan membuat sampah adalah dilarang di dalam perpustakaan.
- Merokok tidak dibenarkan di dalam Perpustakaan.
- Beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Barang-barang ini mestilah disimpan/ditempatkan dibilik yang dikhaskan di luar bangunan.
- Pengguna Perpustakaan yang membuat salinan fotokopi adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA 1987.
- Pengguna tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit di dalam Perpustakaan.
- Tempahan tempat duduk adalah tidak dibenarkan. Pengguna lain boleh mengambil tempat duduk yang kosong lebih daripada 20 minit.
- Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan.
- Pengguna mestilah berpakaian kemas seperti yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Pihak Perpustakaan berhak meminta pengguna yang tidak berpakaian kemas meninggalkan Perpustakaan. T-shirt tidak berkolar dilarang sama sekali. Begitu juga dengan penggunaan selipar jepun.
- Pihak Perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan sumbang / salah laku dan mengganggu ketenteraman perpustakaan supaya beredar dari Perpustakaan.
- Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang bacaan.
- Semua jenis mainan tidak dibenarkan di ruang am Perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk apa jenis binatang ke dalam Perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan sama sekali merosak/mengoyak buku dan lain-lain harta Perpustakaan.
- Pengguna yang engkar mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
- Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan harta (pengguna).
- Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan-peraturan perpustakaan dari masa ke semasa.
- Pelanggaran peraturan-peraturan boleh mengakibatkan pengguna dikenakan tindakan seperti di bawah :
a) Diminta keluar dari perpustakaan;
b) Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan kemudahan perpustakaan;dan
c) Dirujuk kepada jawatankuasa Tatatertib.