TABUNG SUMBANGAN PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Pengenalan

Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah diwujudkan untuk mengumpul dana atau sumbangan dari masyarakat bagi tujuan menampung perbelanjaan, pembelian, penyelenggaraan berkaitan fasiliti, perkhidmatan, aktiviti dan sumber rujukan di PLH dari semasa ke semasa.

Ini juga merupakan peluang kepada warga UTeM serta masyarakat sekeliling untuk bersama-sama memberikan sebahagian harta pada jalan Allah dengan menyumbang kepada pembangunan perpustakaan sebagai gedung ilmu bagi meraih ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Objektif:-

  • Menambahbaik penyediaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang lebih selesa melalui sumbangan orang ramai dan secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada kewangan Universiti.
  • Membiayai pembelian dan langganan sumber bahan rujukan perpustakaan.
  • Melengkapkan PLH sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan ilmu kepada warga Universiti dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di samping berfungsi sebagai meeting point kepada pengguna.
  • Mengalakkan warga UTeM khususnya dan masyarakat awam amnya untuk memberikan sebahagian harta pada jalan Allah dengan menyumbang kepada pembangunan perpustakaan bagai gedung ilmu bagi meraih ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
  • Memupuk rasa kebersamaan di kalangan warga universiti dan masyarakat di dalam menyokong ke arah peningkatan dan peradaban ilmu demi generasi akan datang.
Penggunaan Tabung
  • Pembelian dan penyelenggaraan fasiliti di PLH.
  • Perolehan buku fizikal, e-book, sumber elektronik dalam talian termasuklah kos pemuliharaan dan pemeliharaan koleksi.
  • Perbelanjaan bagi menambahbaik perkhidmatan perpustakaan.
  • Perbelanjaan bagi pelaksanaan aktiviti pengguna di PLH; atau
  • Lain-lain yang akan ditentukan pihak pengurusan PLH.
Kaedah Sumbangan
  • Pindahan Secara Dalam Talian.
  • Cek/ bank draf/ wang pos/ kiriman wang (Bayaran atas nama Bendahari UTeM)
  • Potongan Gaji Secara Bulanan (Staf UTeM).
Faedah Kepada Penyumbang
Penyumbang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Subseksyen 44 (8) (Derma/ Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan atau Kepada Perpustakaan).

STATUS SUMBANGAN

RM 2,730.00

Jumlah Sumbangan

RM 10,000.00

Sasaran Sumbangan


No. Akaun
04042010000833

Nama Akaun
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Rujukan
Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah


Borang
Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah

Muat Turun

Hubungi kami:


Perpustakaan Laman Hikmah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka
No. Telefon Am : 06-2701200

Encik Arman bin Mohammad
06-2701182 | 019-6806499
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Puan Suhadawati Binti Ahmad
06 - 270 1248 | 019 - 6225429
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Portal : http://library.utem.edu.my/tabungsumbanganplh

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

22155281

Last Updated: 27 December 2023