Events Calendar

PROGRAM “JOM KONGSI & TUKAR BUKU” DAN “SUMBANGAN BAHAN BACAAN”
Bermula Khamis 13 Februari 2020
Hingga Jumaat 14 Februari 2020
Dilayari : 321
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Dimaklumkan bahawa bersempena dengan Majlis Perutusan Naib Canselor 2020 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) akan menganjurkan program Jom Kongsi & Tukar Buku serta Sumbangan Bahan Bacaan.

3.     Melalui program Jom Kongsi & Tukar Buku, setiap staf diminta untuk membawa senaskah buku dalam pelbagai tajuk atau bidang dan bertukar buku antara staf sebelum memasuki Dewan Canselor. Perpustakaan akan menyediakan meja untuk staf meletakkan buku yang dibawa dan mengambil buku yang dibawa oleh staf lain.

4.      Manakala bagi program sumbangan bahan bacaan, pihak PLH juga menjemput semua staf untuk membawa dan menyumbang bahan bacaan yang bersesuaian untuk dijadikan koleksi perpustakaan. Pihak PLH akan menyediakan kotak sumbangan di hadapan meja urusetia program.

5.    Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PLH bersempena Dekad Membaca Kebangsaan. Antara objektifnya adalah bagi memberi peluang kepada warga UTeM untuk berkongsi bahan bacaan serta membudayakan sikap cintakan buku. Di samping itu, ianya juga sebagai satu platform positif bagi meningkatkan minat membaca serta salah satu jaringan perkongsian maklumat di antara warga UTeM.

Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

22181234

Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023