• Ahli Tetap mestilah memakai kad matrik (bagi pelajar) & kad staf (bagi staf) yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, UTeM.  Ahli luar hendaklah memakai kad keahlian Perpustakaan apabila memasuki Perpustakaan.
  • Pengguna mestilah patuh kepada peraturan senyap di Perpustakaan.
  • Pengguna mestilah membenarkan pegawai bertugas memeriksa buku, fail dan lain-lain yang dibawa keluar dari Perpustakaan.
  • Makan, minum dan membuat sampah adalah dilarang di dalam  perpustakaan.
  • Merokok tidak dibenarkan di dalam Perpustakaan.
  • Beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Barang-barang ini mestilah disimpan/ditempatkan dibilik yang dikhaskan di luar bangunan.
  • Pengguna Perpustakaan yang membuat salinan fotokopi adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA 1987.
  • Pengguna  tidak  dibenarkan mengguna telefon bimbit di dalam  Perpustakaan.
  • Tempahan tempat duduk adalah tidak dibenarkan.  Pengguna lain boleh mengambil tempat duduk yang kosong lebih daripada 20 minit.
  • Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan.
  • Pengguna mestilah berpakaian kemas seperti yang ditetapkan oleh pihak Universiti.  Pihak Perpustakaan berhak meminta pengguna yang tidak berpakaian kemas meninggalkan Perpustakaan.  T-shirt  tidak berkolar dilarang sama sekali.  Begitu juga dengan penggunaan selipar jepun.
  • Pihak Perpustakaan  berhak meminta pengguna yang dianggap  berkelakuan   sumbang / salah  laku  dan   mengganggu ketenteraman perpustakaan supaya beredar dari Perpustakaan.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang bacaan.
  • Semua jenis mainan tidak dibenarkan di ruang am Perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk apa jenis binatang ke dalam Perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan sama sekali merosak/mengoyak buku dan lain-lain harta Perpustakaan.
  • Pengguna yang engkar mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
  • Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan harta (pengguna).
  • Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan-peraturan perpustakaan dari masa ke semasa.
  • Pelanggaran  peraturan-peraturan boleh mengakibatkan pengguna dikenakan tindakan seperti di bawah :
    a) Diminta keluar dari perpustakaan;
    b) Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan kemudahan perpustakaan;dan
    c) Dirujuk kepada jawatankuasa Tatatertib.

Pautan Pantas

 odb BM rr BM

ejournal BM turnitin

uep BM 

pakej temujanji

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

19626554

Kemaskini Akhir: 27 Oktober 2020