
-
1. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan?
-
- Pelajar
- Staf (akademik/bukan akademik)
- Jurutera Pengajar
- Pegawai Penyelidik
- Pembantu Penyelidik
- Ahli luar yang berdaftar
-
-
2. Bagaimanakah cara untuk meminjam bahan-bahan di Perpustakaan?
Melalui dua (2) kaedah:
- Kaunter Sirkulasi
- Mesin Pinjaman Layan Diri
-
3. Bagaimanakah cara pemulangan bahan-bahan Perpustakaan?
Juga melalui dua (2) kaedah:
- Kaunter Sirkulasi
- Mesin ‘Book Drop’
-
4. Apakah jenis bahan dan kelayakan tempoh pinjaman bagi ahli Perpustakaan?
Maklumat boleh didapati melalui Kaunter Sirkulasi (06-270 1200) atau laman web Perpustakaan.
-
5. Apakah fungsi Akaun Pengguna?
Akaun Pengguna membolehkan pengguna Perpustakaan untuk melakukan beberapa transaksi secara atas talian seperti pembaharuan tempoh pinjaman, tempahan buku dan lain-lain.
-
6. Bagaimana untuk mendapatkan ID dan kata laluan untuk Akaun Pengguna bagi pengguna baru?
Untuk pengguna baru, ‘Patron ID: No Pelajar/No Staf’ dan ‘Password: 1’. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kaunter Sirkulasi di talian 06-270 1200.
-
7. Bagaimana jika terlupa kata laluan atau ID pengguna di akaun pengguna?
Pengguna Perpustakaan boleh menghubungi Kaunter Sirkulasi di talian 06-270 1200.
-
8. Bagaimana ingin memperbaharui tempoh pinjaman secara atas talian?
Dengan mengakses Akaun Pengguna melalui laman web Perpustakaan. Klik pada ‘On-loan Item’ dan pilih buku yang ingin diperbaharui dari senarai pinjaman. Akhir sekali, klik pada ‘Renew’ di bawah senarai pinjaman.
-
9. Adakah Perpustakaan menyediakan bahan media?
Ada, bahan media seperti CD, DVD, Video dan lain-lain. Segala urusan peminjaman dan pertanyaan, sila berurusan di Kaunter Media.
-
10. Siapakah yang boleh menyertai dan bagaimana untuk menyertai Program Literasi Maklumat?
Program ini ditujukan khas kepada pelajar, Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik. Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/2M2cPf7 yang terdapat di portal Perpustakaan Laman Hikmah.
-
11. Apa itu Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)?
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan UTeM. Jenis bahan yang boleh didapati melalui SPP adalah buku, artikel jurnal, bab dalam buku, dan prosiding seminar.
-
12. Siapakah yang layak menggunakan SPP?
- Staf dan pelajar UTeM.
- Staf yang sedang cuti belajar sama ada dalam & luar negara (Artikel, Kertas Persidangan, Bab dalam buku sahaja dibenarkan)
-
13. Apakah jenis bahan yang BOLEH dibekalkan melalui SPP?
-
- Buku;
- Artikel Jurnal;
- Bab dalam buku; dan
- Prosiding Seminar
-
-
14. Apakah jenis bahan yang TIDAK BOLEH dibekalkan melalui SPP?
-
- Tesis;
- Projek Sarjana Muda;
- Projek Jangka Pendek/ Panjang;
- Bahan Media;
- Majalah;
- Jurnal (bercetak); dan
- Apa-apa bahan yang dikategorikan sebagai bahan yang tidak boleh dipinjam di PLH.
-
-
15. Berapakah bilangan bahan yang boleh dipinjam dalam satu masa?
Tiada had pinjaman.
-
16. Adakah perkhidmatan ini dikenakan bayaran?
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.
*Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)
Semua pemohon yang menggunakan perkhidmatan SPP ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang tercatat dalam Akta Hakcipta 1987 (Akta 332).
-
17. Bagaimana untuk membuat permohonan?
Pengguna boleh terus menghantar maklumat lengkap permohonan melalui pautan : http://bit.ly/2rjanBB yang terdapat di portal Perpustakaan Laman Hikmah.
-
18. Berapa lama sesuatu permohonan diproses?
Permohonan akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
-
19. Berapa lama tempoh penerimaan bahan oleh Perpustakaan Laman Hikmah?
Kebiasaannya bahan buku mengambil masa 10 hari bekerja manakala artikel 3 hari bekerja. Walau bagaimanapun, tempoh pembekalan ini adalah bergantung kepada faktor ketersediaan bahan dan tertakluk kepada polisi perpustakaan pembekal.
-
20. Berapa lama sesuatu bahan itu boleh dipinjam?
Tempoh pinjaman adalah bergantung kepada pihak perpustakaan yang memberi pinjaman. Kebiasaannya 2 minggu hingga 1 bulan.
-
21. Bolehkah pemohon membuat pembaharuan tempoh peminjaman untuk bahan SPP?
Boleh. Peminjam perlu memaklumkan kepada Unit Perkhidmatan Koleksi & Pengguna dengan menghubungi 06-270 1206 sekurang-kurang 5 hari dari tarikh pemulangan. Keputusan berkaitan pembaharuan tempoh peminjaman adalah bergantung kepada perpustakaan yang membekalkan bahan tersebut.



