Skip to main content

tkpk message bm

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke portal Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Portal ini dibangunkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan kemudahan, perkhidmatan, operasi PLH, dan maklumat asas lain yang berkaitan.

PLH terus komited dalam merealisasikan aspirasi UTeM untuk menyokong kesarjanaan dan tradisi ilmu dengan memelihara serta memperkaya pelbagai koleksi yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. UTeM, sebagai universiti teknikal awam pertama di Malaysia dan universiti awam ke-14 yang ditubuhkan, memperkasakan bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan teknologi, dan teknologi kejuruteraan.

Keperluan pengguna menjadi keutamaan PLH melalui penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Dengan kepakaran pustakawan profesional, penambahbaikan proses kerja dilaksanakan secara berterusan dengan mengambil kira maklum balas pengguna bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan koleksi yang mampan sangat dititik beratkan di samping penyediaan kemudahan yang selesa dan praktikal kepada pengguna.

Justeru itu, PLH sentiasa memperkemaskan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dengan menyediakan maklumat terkini yang menepati keperluan pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan UTeM agar mampu berdaya saing dalam arus global yang semakin kompetitif.

PLH memainkan peranan proaktif sebagai platform yang melaksanakan pelbagai inisiatif fokus dan menghubungkan institusi akademik dengan masyarakat. PLH berada di barisan hadapan dalam meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik serta berfokus antarabangsa, selain menyokong ekosistem pendidikan UTeM yang cemerlang. Untuk melahirkan graduan TVET dan sarjana yang holistik, PLH menyediakan sumber rujukan digital yang diiktiraf dan diakui secara meluas.

Bagi memenuhi matlamat mendidik masyarakat dan mengintegrasikan universiti dengan masyarakat, PLH juga merancang pelbagai acara dan perbincangan intelektual untuk pelajar, fakulti, kakitangan, dan ahli komuniti. Selain itu, PLH kini terlibat dalam transformasi sumber rujukan digital untuk menyokong agenda nasional bagi pemerkasaan digital. Untuk melahirkan graduan TVET dan pemimpin masa depan negara yang berfikiran kritis, berpengetahuan, dan berakhlak mulia, semua pelajar digalakkan memanfaatkan sepenuhnya sumber dan rujukan perpustakaan.

Diharapkan portal perpustakaan ini dapat membantu pengguna perpustakaan dalam mendapatkan maklumat dan kepakaran dengan lebih berkesan.

 

Ketua Pustakawan
Perpustakaan Laman Hikmah

Facebook Ketua Pustakawan

[versi : 2025]

Pautan Pantas

or_bm rr_Bm

eform_bmturnitin

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kemaskini Akhir: 30 September 2025