
Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Perpustakaan Laman Hikmah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian +606 270 1200 atau e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
-
1. Adakah pangkalan data dalam talian boleh diakses dari luar kampus UTeM?
Ya, melalui LIBProxy dengan memasukkan Staf/Pelajar ID dan No Staff/Pelajar.
-
2. Adakah Perpustakaan ada menyediakan kertas soalan peperiksaan semester lepas secara dalam talian?
Kertas soalan peperiksaan boleh dimuat turun melalui pautan LIBProxy dengan memasukkan Staf/Pelajar ID and No kad pengenalan.
-
3. Bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan Pangkalan Data?
Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat Pustakawan dan juga melalui Program Literasi Maklumat.
-
4. Bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tesis?
Tesis ini boleh diakses melalui Repositori Institusi UTeM (UTeM IR) dan mengandungi 24 muka surat.
-
5. Bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut tentang PSM?
Projek Sarjana Muda (PSM) ini boleh diakses melalui UTeM Digital Collection secara dalam kampus sahaja.



