Events Calendar

Health Screening Program For UTeM Residents Series 1/2017
Thursday 30 March 2017, 9:00AM - 1:00PM
Hits : 769
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Hospital Pantai akan menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Untuk Warga UTeM Siri 1/2017 pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 30 Mac 2017 (Khamis)
  • Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
  • Tempat: Ruang Legar, Perpustakaan UTeM

 Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang disediakan adalah :

  • Pemeriksaan BMI
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan kandungan gula dalam darah (percuma)
  • Pemeriksaan kolesterol (berbayar RM10)
  • Pemeriksaan gigi
  • Pemeriksaan analisis lemak dalam badan
  • Saringan Pendengaran
  • Saringan Postur (Posture Screening Test)
  • Konsultasi pemakanan

Semua pemeriksaan yang ditawarkan ini terbuka kepada staf/pelajar UTeM. Kepada peserta yang ingin menjalani pemeriksaan kolesterol & kandungan gula dalam darah, anda digalakkan berpuasa. Pusat Kesihatan juga tidak menyediakan makanan dan minuman untuk program ini. Semua staf dan pelajar dialu-alukan untuk datang menjalani pemeriksaan tersebut.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

b/p Ketua Pusat Kesihatan

Pusat Kesihatan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Tel : 06-5534439 / Fax : 06-5552077

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

22174180

Last Updated: 27 December 2023