Events Calendar

Program Literasi Maklumat
Bermula Rabu 11 September 2019
Hingga Isnin 30 September 2019
Dilayari : 432
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) menjemput dan menggalakkan pelajar baharu program Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana sesi 2019/2020 untuk menghadiri Program Literasi Maklumat (Information Literacy Skills) mengikut modul. Pelajar lain turut digalakkan untuk menyertai program berkenaan.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kaedah pencarian maklumat, bahan rujukan dan sumber maklumat atas talian yang berkesan bagi membantu serta menyokong aktiviti pembelajaran dan penyelidikan pelajar. Selain itu, pelajar juga turut dikongsikan dengan kemudahan, perkhidmatan dan koleksi di PLH yang komprehensif.

Justeru, pihak PLH ingin memohon jasa baik dan kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puanbagi membuat hebahan dan menjemput pelajar baharu untuk menghadiri program ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini boleh dirujuk kepada Puan Norshahila binti Che Din di talian 06-2701199 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Terima kasih.

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

22153704

Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023