Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Laman Hikmah dengan kerjasama Emerald Publishing akan menganjurkan Guide to Getting Published. Bengkel ini diadakan bagi membantu penyelidik, ahli akademik dan pelajar pasca siswazah dalam menghasilkan penyelidikan, penulisan dan penerbitan artikel jurnal.
Sehubungan itu, pihak PLH ingin menjemput Y.Bhg. Datuk / Dato’/ Prof. / Prof. Madya/ Dr. / Tuan / Puan bagi menghadiri sesi ini pada ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Julai 2020 (Selasa)
Masa : 10.30 am hingga 12.30 pm
Platform : GoToWebinar
Yuran Pendaftaran : RM10 (UTeM) & RM20 (Luar UTeM)
Bagi yang berminat, anda diminta untuk mendaftarkan nama pada pautan berikut https://bit.ly/3ikmqt1 atau scan barcode di atas. Mohon pendaftaran menggunakan emel rasmi UTeM bagi peserta UTeM. Link GoToWebinar akan diberikan selepas pihak PLH menerima slip pembayaran. Mata CPD akan diuruskan oleh urusetia. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Nor Ilyah Othman di talian 06-2701239.
Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.
Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright
Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023