Events Calendar

Kajian Soal Selidik Perpustakaan Laman Hikmah
Bermula Rabu 16 Desember 2020 -  8:00AM
Hingga Sabtu 16 Januari 2021 - 5:00PM
Dilayari : 423
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) sedang menjalankan Kajian Soal Selidik PLH bagi tahun 2020 secara dalam talian.

Kajian Soal Selidik PLH ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada warga UTeM bagi membuat penilaian tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan kemudahan PLH bagi tahun 2020. Dapatan daripada hasil maklumbalas ini akan dijadikan sebagai ukuran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan PLH pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk melengkapkan borang kajian soal selidik ini melalui pautan LINK  (Digalakkan untuk menggunakan pelayar Google Chrome atau Mozilla Firefox). Maklum balas kajian akan berakhir pada 15 Januari 2021 (Jumaat).

Segala perhatian serta kerjasama dari Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

22205549

Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023