Events Calendar

Memohon Dana Bagi Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM
Bermula Jumaat 19 Ogos 2022 -  8:00AM
Hingga Sabtu 31 Desember 2022 - 5:00PM
Dilayari : 444
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MEMOHON DANA BAGI TABUNG SUMBANGAN PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH, UTeM

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menubuhkan Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah pada tahun ini yang bertujuan untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai dalam menampung perbelanjaan, pembelian, penyelenggaraan berkaitan fasiliti, perkhidmatan dan sumber rujukan PLH dari semasa ke semasa.

Berkaitan itu, perpustakaan kami menjemput kepada para dermawan menyokong usaha ini dengan menghulurkan dana ke Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah ini.

Sumbangan yang diberikan layak untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Subseksyen 44 (8) (Derma/ Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan atau Kepada Perpustakaan).

Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk cek/ bank draf/ wang pos/ kiriman wang yang dipalangkan atas nama Bendahari UTeM atau pembayaran melalui pindahan dalam talian dan dikreditkan terus ke akaun berikut : -


Nama Akaun   :  Universiti Teknikal Malaysia Melaka
No. Akaun       :  04042010000833
Nama Bank     :  Bank Islam Malaysia Berhad
Rujukan          :  Tabung Sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Encik Arman bin Mohammad di talian 06-2701182 / 019-6806499 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.), Encik Zaidi bin Saad di talian 06-2701225 / 019-9226651 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

22208065

Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023