Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) akan mengadakan Program Baca Bersama 10 Minit 2024 pada 23 April 2024 (Selasa).
Program ini diadakan sempena Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dijalankan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Program ini bertujuan mendorong warga UTeM untuk membaca, di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit setiap hari.
Ayuh warga UTeM, walau di mana sahaja anda berada, berhenti sejenak dari melakukan apa jua aktiviti dan sama-sama membaca bersama pada 23 April 2024, jam 11.00 pagi.
Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti berikut:
Tentatif Program Pada 23 April 2024
MASA | AKTIVITI |
---|---|
9.00 Pagi | Pameran Buku Terbitan UTeM |
9.00 Pagi - 1.00 Petang | Pertandingan Swafoto Membaca@PLH |
9.00 Pagi - 5.00 Petang | Pengunjung Bertuah |
9.00 Pagi - 5.00 Petang | Peminjam Bertuah |
9.00 Pagi - 5.00 Petang | Pengguna Bertuah |
11.00 Pagi | Pertandingan Kuiz Membaca@PLH |
11.00 Pagi | Jom Baca Bersama 10 Minit |
11.00 Pagi | Nyanyi Lirik Membaca Challenge |
MARILAH KITA BERSAMA - SAMA MENJAYAKANNYA
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Puan Mez Zelina binti Yusof di talian 06-2701235, emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Azman bin Amir di talian 06-2701223, emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.
Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.
Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright
Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kemaskini Akhir: 27 Disember 2023