oclc

Save

Save

 

odbrrejournal
turnitinUser Education Programua

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan selaras dengan penjenamaan semula Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah Seksyen 8 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi  Perintah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Pemerbadanan 2007) yang telah diwartakan sebagai P.U. (A) 45/2007 pada 1 Februari 2007. Perpustakaan UTeM berperanan sebagai pusat kecemerlangan ilmu bagi warga UTeM dan mula memberikan perkhidmatannya pada 10 Jun 2001 bersempena dengan pendaftaran pelajar perintis seramai 348 orang di Kampus Sementara di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.

11 16

Perpustakaan tahun 2001

 

Pada 5 September 2005, Perpustakaan Laman Hikmah telah berpindah dari Kampus Sementara ke Kampus Industri dan telah beroperasi sejak 12 September 2005. Perpustakaan Laman Hikmah di Kampus Industri yang berkeluasan 2,229 meter persegi mampu menampung kapasiti pengguna seramai 400 orang pada satu - satu masa. Perpustakaan Laman Hikmah Cawangan Kampus Induk pula menyediakan kapasiti 120 tempat duduk dalam satu - satu masa dengan keluasan ruang 432 meter persegi bagi menampung keperluan pengguna dari dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (FKEKK).

libfkekk libfkekk2

Perpustakaan FKEKK tahun 2008

 

Perpustakaan Laman Hikmah juga telah membuka cawangannya di Kampus Bandar, Jalan Hang Tuah, Melaka yang telah beroperasi pada 01 Oktober 2007 bagi menyediakan kemudahan rujukan untuk pelajar pasca siswazah yang mengikuti kursus di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) dan kursus-kursus jangka panjang / pendek Universiti. Perpustakaan Laman Hikmah cawangan ini boleh menampung kapasiti pengguna seramai 73 orang dalam satu masa. Pada 8 Julai 2009, Perpustakaan Laman Hikmah telah berpindah dari Kampus Industri ke bangunan baru di Kampus Induk, Durian Tunggal dan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 September 2009 hingga kini.

IMG 20181205 143021

Perpustakaan Kampus Bandar

 

Perpustakaan Laman Hikmah di Kampus Induk yang berkeluasan 10,063.68 meter persegi mampu menampung kapasiti pengguna seramai 500 orang pada satu - satu masa. Seiring dengan pengoperasian perpustakaan ke bangunan baru di Kampus Induk, Perpustakaan Laman Hikmah Cawangan Kampus Industri telah ditutup pada 3 September 2009. Pada 21 April 2011, Perpustakaan Laman Hikmah Kampus Industri telah beroperasi semula seiring dengan penubuhan Kampus Teknologi yang menempatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Dengan keluasan 2,229 meter persegi, Perpustakaan Laman Hikmah boleh menampung kira-kira 400 pengguna.

IMG 20181205 162020

Perpustakaan Kampus Teknologi

 

Perpustakaan Laman Hikmah mempunyai koleksi lebih daripada 115,000 judul termasuk 13 langganan tajuk pangkalan data yang merangkumi bahan kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang teras Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembuatan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Pengurusan Teknologi & Teknoushawanan. Di samping itu, terdapat juga koleksi bidang saintifik lain seperti Fizik, Kimia dan Matematik, serta bacaan umum. 

concept

Konsep Perpustakaan Kampus Induk

 

Untuk memenuhi keperluan pengguna, perpustakaan menyediakan perkhidmatan seperti Pembaharuan Atas Talian, Pinjaman Antara Perpustakaan, Program Pendidikan Pengguna, Pameran Perpustakaan, Meja Penasihat Pengguna, ‘Order n Collect’ dan lain-lain. Untuk menyokong aktiviti penyelidikan, kami juga menyediakan perkhidmatan Pempakejan Maklumat dan ‘Research Appointment’ selaras dengan matlamat untuk memperkasakan penyelidikan Universiti. Selain daripada perkhidmatan, perpustakaan turut  menyediakan  kemudahan seperti bilik perbincangan, bilik tayangan, bilik karel, iPad, hoverboard dan sebagainya. Kami juga menawarkan ruang dan bilik untuk disewa kepada warga universiti dan komuniti. 

perpustakaanraya1

Perpustakaan Laman Hikmah 2018

 

Perpustakaan juga prihatin dengan Generasi Milenia dan Generasi Y dengan mengadakan konsep baru yang lebih santai, interaktif dan kondusif bagi pengguna untuk mempertingkatkan penggunaan perpustakaan secara optimum sebagai tempat pertemuan dan sebagai rumah kedua. Pada masa akan datang, Perpustakaan Laman Hikmah akan menjadi perintis di kalangan perpustakaan akademik yang membuka Aras 1 secara 24 jam kepada pengguna.

الأحد 18 جمادى الثانية 1440
Ahad 24 Februari 2019

services

Save

Save

facilities

Save

eapp

Save

Save

Save

Save

EZProxy

Save

Save