Skip to main content

Events Calendar

Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik
Bermula Isnin 24 Jun 2024 -  8:00AM
Hingga Rabu 25 September 2024 - 5:00PM
Dilayari : 530
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khazanah Ilmu, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM akan menganjurkan ‘Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik’ seperti butiran berikut:

Tarikh           : 25 September 2024 (Rabu)

Masa             : 10.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari

Platform Maya   : Zoom (Sila imbas QR untuk link Zoom)

Penceramah       : Puan Norfaranieza binti Muhd Ariffin (Editor Majalah Dewan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Terbuka kepada Pegawai Penerbitan, Penulis Buletin/ Majalah, Pensyarah/Penyelidik, Pengarang, Pegawai Sains, Pelajar IPTA/IPTS dan individu yang berminat. Mata CPD dan TUAH Index akan diberikan (Peserta UTeM)

Yuran Penyertaan:

  • Pendaftaran awal sehingga 31 Ogos 2024: RM70
  • Yuran Standard: RM100

Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada para peserta mengenai kemahiran penulisan artikel majalah yang menarik perhatian editor dan penerbit majalah serta bimbingan dan panduan penulisan artikel separa ilmiah untuk diterbitkan dalam majalah.

Para peserta berpeluang untuk berkarya menerusi majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh tutup penyertaan: 23 September 2024

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

  • Cik Norazizah - 06-2701279
  • ⁠Encik Hafeez - 06-2701281

 

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka.


Copyright © 2020 PLH | Perpustakaan Laman Hikmah. All Rights Reserved.
Legal Disclamer | Privacy & Security Policy | Copyright

Phone: +6062701200 | Fax: +6062701039 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kemaskini Akhir: 30 September 2025