Hingga Rabu 25 September 2024 - 5:00PM
Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khazanah Ilmu, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM akan menganjurkan ‘Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik’ seperti butiran berikut:
Tarikh : 25 September 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Platform Maya : Zoom (Sila imbas QR untuk link Zoom)
Penceramah : Puan Norfaranieza binti Muhd Ariffin (Editor Majalah Dewan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Terbuka kepada Pegawai Penerbitan, Penulis Buletin/ Majalah, Pensyarah/Penyelidik, Pengarang, Pegawai Sains, Pelajar IPTA/IPTS dan individu yang berminat. Mata CPD dan TUAH Index akan diberikan (Peserta UTeM)
Yuran Penyertaan:
- Pendaftaran awal sehingga 31 Ogos 2024: RM70
- Yuran Standard: RM100
Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada para peserta mengenai kemahiran penulisan artikel majalah yang menarik perhatian editor dan penerbit majalah serta bimbingan dan panduan penulisan artikel separa ilmiah untuk diterbitkan dalam majalah.
Para peserta berpeluang untuk berkarya menerusi majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh tutup penyertaan: 23 September 2024
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Cik Norazizah - 06-2701279
- Encik Hafeez - 06-2701281