Program Literasi Maklumat : Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2024/2025
Bermula Rabu 16 Oktober 2024 - 8:00AM
Hingga Jumaat 25 Oktober 2024 - 5:00PM
Hingga Jumaat 25 Oktober 2024 - 5:00PM
Dilayari : 328
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Program Literasi Maklumat : Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2024/2025

Makluman penting kepada semua Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2024/2025, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) akan mengadakan Program Literasi Maklumat pada ketetapan berikut:
Tarikh: 14 - 25 Oktober 2024 (Isnin - Jumaat)
- Sesi 1: 9.00 pagi – 10.00 pagi (Dalam talian)
- Sesi 2: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari (Dalam talian)
- Sesi 3: 3.00 petang– 4.00 petang (Bilik Latihan Aras 2, PLH Kampus Induk)
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam:
- Mengakses dan menggunakan sumber maklumat perpustakaan dengan berkesan.
- Meningkatkan kemahiran mencari, menilai, dan mengurus maklumat untuk keperluan akademik.
- Memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di perpustakaan.
Semua Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2024/2025 diminta untuk menyertai program ini bagi memanfaatkan sepenuhnya sumber yang disediakan di Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Tuntutan TUAH Index untuk pelajar akan diuruskan oleh pihak penganjur.
Jangan ketinggalan! Ikuti kami di https://linktr.ee/lamanhikmah